my kitchen's recipe
Thursday, 5 May 2011
Jalan-jalan di Sipitang
Dua bulan lepas saya berkesempatan meronda ke Sipitang,Sabah.Seronok jugak melawat tempat orang ni.Anak-anak nampak boring je sebab duduk dalam kereta je selama 3jam lebih.Kebetulan tiba disana terserempak pulak dengan staf hubby.Punyalah ramai kaum kerabat dia.Ingatkan tak nak la join diorang,tapi bila dah ajak kami pun join la sekali.Gerai2 disini kebanyakannya menghidangkan sate dan kepak ayam bakar.Orang sini sebut sayap ayam.Punyalah banyak diorang oder ,sampai dah tak larat nak makan.Apa-apapun sate Semenanjung gak yang saya teringat.Apatah lagi sate Hj Samuri.Sedapnya tak terkata....
apam tepung beras
Semalam buat apam tepung beras untuk minum petang.Resepi ni saya dapat dari kawan yang saya panggil Kak Bib semasa masih di Shah Alam.Resepinya mudah je.Tapi kalau nak buat apam ni,kena sediakan tapai nasi dulu.Cara nak buat tapai ni senang je.Campurkan sedikit ragi kedalam dua cawan nasi.Gaul sebati.perapkan semalaman.
Bahan2
500 gm tepung beras
2 cawan tapai nasi
1 cawan gula pasir
4 cawan air(1 cawan bersamaan 180ml)
1peket eno(peket biru)
Caranya,
Blendkan semua bahan kecuali eno.Biarkan selama 5-6 jam sebelum dimasak.Panaskan pengukus bersama acuan.Bila air dah menggelegak barulah dicampur eno kedalam adunan tadi.Kacau sehingga rata.Buih2 halus akan kelihatan.Untuk memudahkan semasa memasukkan adunan kedalam acuan masukkan adunan kedalam teko.Masukkan adunan kedalam acuan dan masaklah selama 10 minit.
Peringatan:-bancuhan bersama eno hanya untuk sekali .Jika periuk kukus kecil ,adunan bolehlah dibahagi kepada dua.Selamat mencuba.....
Bahan2
500 gm tepung beras
2 cawan tapai nasi
1 cawan gula pasir
4 cawan air(1 cawan bersamaan 180ml)
1peket eno(peket biru)
Caranya,
Blendkan semua bahan kecuali eno.Biarkan selama 5-6 jam sebelum dimasak.Panaskan pengukus bersama acuan.Bila air dah menggelegak barulah dicampur eno kedalam adunan tadi.Kacau sehingga rata.Buih2 halus akan kelihatan.Untuk memudahkan semasa memasukkan adunan kedalam acuan masukkan adunan kedalam teko.Masukkan adunan kedalam acuan dan masaklah selama 10 minit.
Peringatan:-bancuhan bersama eno hanya untuk sekali .Jika periuk kukus kecil ,adunan bolehlah dibahagi kepada dua.Selamat mencuba.....
Sunday, 24 April 2011
Dari Shah Alam ke Kota Kinabalu
Mula-mula tiba diKota Kinabalu(K.K) saya tak dapat bayangkan ,bagaimana rasanya hidup ditempat orang. Anak- anak terpaksa berpindah kesekolah baru,mendapat teman-teman baru dan segala-galanya baru.Begitu juga saya.Iyalah..sebelum ni ramai kawan-kawan di Taman perumahan.Tiba-tiba terpaksa meninggalkan semua tu.Tapi Alhamdulillah,dah hampir setahun setengah saya disini,saya sudah biasa dengan keadaan disini.Yang paling mengujakan saya barang-barang basah seperti makanan laut amat murah harganya dan mudah didapati. begitu juga sayuran kecuali cili padi semuanya murah.Bayangkan jika kena pada musimnya harga sotong dipasar hanya rm 2 .00 sekilogram.Murahkan???Pernah saya membeli lobster atau udang kara dengan harga rm 25.00 sekilogram.Pilih punya pilih saya beli 3 ekor lobster yang seberat 1.5 kilo dgn harga rm 35.Kalau di restoran seafood harganya mencecah rm 40 untuk 100 gram.Masakannya sudah tentulah 'butter prawn'.Sekian dulu....
Saturday, 23 April 2011
Salam perkenalan....
Tak tahu saya nak mulakan dimana,tapi apa-apa pun saya ucapkan salam perkenalan buat yang sudi menjengah blog saya ni.Semua ni idea anak dara saya yang sulung.Agaknya dia kesian tengok saya yang asyik makan tidur je.Ye lah...saya ni merantau,kawan tak ramai.cuma boleh dikira dengan jari je.Sebab itulah idea ni timbul nak berkongsi resepi dengan kawan-kawan yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)