Thursday 5 May 2011

apam tepung beras

Semalam buat apam tepung beras untuk minum petang.Resepi ni saya dapat dari kawan yang saya panggil Kak Bib semasa masih di Shah Alam.Resepinya mudah je.Tapi kalau nak buat apam ni,kena sediakan tapai nasi dulu.Cara nak buat tapai ni senang je.Campurkan sedikit ragi kedalam dua cawan nasi.Gaul sebati.perapkan semalaman.

 Bahan2
500 gm tepung beras
2 cawan tapai nasi
1 cawan gula pasir
4 cawan air(1 cawan bersamaan 180ml)
1peket eno(peket biru)

Caranya,
Blendkan semua bahan kecuali eno.Biarkan selama 5-6 jam sebelum dimasak.Panaskan pengukus bersama acuan.Bila air dah menggelegak barulah dicampur eno kedalam adunan tadi.Kacau sehingga rata.Buih2 halus akan kelihatan.Untuk memudahkan semasa memasukkan adunan kedalam acuan masukkan adunan kedalam teko.Masukkan adunan kedalam acuan dan masaklah selama 10 minit.
Peringatan:-bancuhan bersama eno hanya untuk sekali .Jika periuk kukus kecil ,adunan bolehlah dibahagi kepada dua.Selamat mencuba.....

No comments:

Post a Comment